Tips penjagaan Mesin Basuh

Salam, sekarang saya ingin berkongsi tip-tip penjagaan mesin basuh. Ini penting untuk memanjangkan jangka hayat dan dapat mengelakkan kerosakan.


1. JANGAN LETAK MESIN BASUH DALAM TANDAS
  •  PCB board boleh terkena air dan terbakar atau short circuit.
  • Anda boleh trkena renjatan electrik jika berlaku kebocoran electrik.
  • Jika terpaksa, pastikan anda menggunakan alat alas getah/plastik yg penebat electrik.
2. JANGAN MEMBASUH LEBIH DARI KAPASITI YANG DI TETAPKAN
  • Perlu diingat sebagai contoh, mesin basuh kapasiti 7kg adalah bermaksud berat pakaian bersama dengan air basuhan tidak boleh lebih dari 7kg.
  • Jikalau lebih boleh mengakibatkan kerosakan pada gearbox atau mekanism unit.




3. PERIKSA POKET SELUAR ATAU BAJU SEBELUM ANDA MEMBASUH
  • Contoh duit siling, boleh menyebabkan air akan sentiasa keluar semasa proses membasuh/wash. Duit tadi akan tersekat pada drain valve atau valve air keluar sampai boleh juga merosakkan alat tersebut.
  • Juga boleh menyebabkan bunyi pelik bising semasa proses mengering/spin
4. JANGAN MEMBASUH KETIKA TEKANAN AIR RENDAH
  • Berkemungkinan boleh menyebabkan kerosakan pada inlet valve atau valve air masuk dan yang lebih teruk pcb board.

5. JANGAN MEMBASUH KETIKA PETIR
  • Boleh terjadi arus lebihan yang akan mengakibatkan pcb board terbakar
  • Sebagai keselamatan lebih baik cabut plug mesin basuh. 




Jikalau anda memerlukan khidmat servis atau baiki mesin basuh, dryer atau peti sejuk di rumah/kediaman anda,
Sila hubungi saya di 011-3178 1560 (Bard) Whatsapp/Line/Telegram pun boleh.

Comments

Popular posts from this blog

Mesin Basuh - Kerosakan berkaitan dengan Air tak masuk/keluar/perlahan atau pun tak berhenti keluar.

Repair mesin basuh di bandar tasik puteri